humaniora.id – Tak susah. Mudah saja. Semua bergantung kepada kemauan diri sendiri. Apabila saya nekad mau berubah jadi lebih baik dan berjaya, maka saya push diri saya sendiri.
Tiada orang lain yang perlu memotivasi diri kita sendiri.
- Saya stop tengok TV sejak 25 tahun dulu. Beli TV sekadar melengkapkan barang di rumah dan jika benar-benar perlu. Dah 25 tahun saya tidak menonton TV.
- Saya tukar waktu bangun tidur. Sebelum ini saya bangun selepas adzan Subuh, tetapi apabila nak jadi lebih baik, saya bangun sebelum adzan berkumandang. Jam 5 am dah kira lewat.
- Waktu bekerja jadi guru, saya bukan sampai office ontime. Tetapi mesti sampai setengah jam sebelum waktunya.
- Jika tak boleh setengah jam, cuba 10 minit lebih awal. Anda akan lihat perubahan dalam banyak perkara bila kita boleh mengurus masa dengan maksimum.
- Dulu saya tidak suka membaca. Tetapi saya tukar apabila saya mahu berubah. Setiap hari saya mesti baca buku. Sekurang-kurangnya sebuah buku untuk sebulan. Kebetulan suami saya ulat buku. Woww sangat apabila kita suka membaca. Berkembang semua sekali.
- Saya pastikan.membaca Al Quran setiap hari tanpa gagal. Walau sesibuk apapun. Dalam kereta pun boleh. Mulakan sebaris ayat setiap hari. Anda akan rasanya jiwa lebih tenang. Kita tak serabut.
- Tidak ada hari tanpa sedekah. Ini.memang tagline yang saya pahatkan kepada diri sendiri sejak tahun 2006. Masyaallah sangat luar biasa kehidupan baru saya.
- Sehabis baik, perbaiki solat kita. Solat awal waktu, solat berjemaah, solat di masjid( terutama Subuh, Maghrib dan Isyak) bersama suami. Ini adalah antara perkara yang saya usahakan dan kehidupan kita berubah sungguh-sungguh. Semuanya.
- Saya usahakan menulis setiap hari. Di mana? Saya menulis di facebook. Setiap hari tanpa gagal. Contentnya adalah dari kehidupan harian kita. Dan ia sangat membina branding untuk diri saya.
- Sesibuk apapun, saya pastikan rumah saya bersih. Paling penting, kemaskan tempat tidur, bilik tidur dan bilik air kita sendiri. Dan saya melakukannya sendiri. Baik ketika saya ada maid, mahupun ketika saya tiada maid. Ini disiplin diri.
- Dulu saya selalu tak sihat, mudah demam, selsema dan letih lesu. Saya mulakan dengan mengambil supplement setiap hari. Selepas itu, saya jadi sihat, kuat, bertenaga dan energetik setiap hari. Apabila saya sihat, saya boleh laksanakan misi hidup yang lebih besar.
Lakukanlah perubahan ini.
Lakukan secara konsistent dua minggu hingga sebulan. Secara beransur-ansur rutin kehidupan kita berubah.
Banyak perkara yang tidak penting, kita boleh skip. Keutamaan hidup mulai berubah. Kita jadi lebih sihat, positif, kuat dan ceria. Kita bertenaga dan bahagia. Tengok perubahan diri sekitar 2 minggu hingga sebulan.
Apa lagi jika kita lakukan bersama-sama keluarga. Anak-anak dan suami automatik akan ikut kita. Kitalah yang menggerakkan perubahan itu.
Allah mahu memberi yang terbaik untuk kita. Maka kitalah yang melakukannya. Maka perhatikanlah, sedikit demi sedikit kehidupan saya dan keluarga berubah, bahagia dan berjaya. Berjaya bukan sekali. Tetapi terus mencipta kejayaan demi kejayaan baru. Alhamdulillah
Kita jadi insan versi hebat. Brand dan nama kita sendiri.